Halaman

Memaparkan catatan dengan label UCAPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UCAPAN. Papar semua catatan

Khamis, September 03, 2009

UCAPAN SELAMAT BERPUASA DAN MENDUDUKI UPSR

Selamat berpuasa dan kepada semua anak-anak didikku...ustaz ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR.Walaupun ustaz tidak dapat berjumpa kamu semua tapi ustaz tetap mendoakan semoga kejayaan milik kita.tiada yang mustahil dalam hidup ini.Di bulan Ramadhan ini,banyakkanlah amalan.jangan tinggalkan yang fardhu.yang sunat ditingkatkan...jaga kesihatan dan jangan lupa sebelum pergi ke sekolah untuk menjawab soalan UPSR,mohon restu kedua ibu bapa..minta guru-guru halalkan semua yang diajar..Mudah-mudahan ilmu yang kita perolehi akan mendapat keberkatan..Sri tebrau boleh.InsyaAllah..
READ MORE- UCAPAN SELAMAT BERPUASA DAN MENDUDUKI UPSR

Rabu, Julai 01, 2009

SAMBUNG BELAJAR

Assalamualaikum..... bermulanya hari pertama memulakan kursus 14 M OUM di IPTI,JB. Alhamdulillah dengan izinNya saya dapat mencari Ilmu lagi.Mudah-mudahan dapat diakhiri dengan kejayaan hendaknya.Pada semua anak-anak didikku....ustaz doakan semua berjaya terutamanya murid 6 sri3 dan 6sri 4.Ustaz akan doakan kamu semua.InsyaAllah kita akan bersua lagi bulan Oktober nanti. Mudah-mudahan kita semua berjaya ."Man jadda wajada"
READ MORE- SAMBUNG BELAJAR

Rabu, Mei 20, 2009

HARI GURU

Selamat hari guru untuk semua guru di malaysia.Moga kerja kita menjadi satu ibadah.
READ MORE- HARI GURU

Sabtu, Januari 24, 2009

Nikmatnya kesihatan

Selamat bercuti tahun baru cina pada murid-murid dan guru-guru.Cuti-cuti begini Allah uji pulak dengan penyakit demam campak.setiap kejadian ada hikmahnya.Kata orang sakit ni menghilangkan dosa...yerlah jika kita bersabarkan.Saya dimaklumkan oleh doktor bahawa penyakit ini berjangkit melalui virus yang timbul dari kulit-kulit kita.jadi jagalah ia supaya tidak terkena pada orang lain kerana ia mudah merebak.Ada yang mengatakan sekiranya kita dah dijangkiti,kita tak akan dijangkiti lagi tapi bergantung pada diri seseorang... Bila Allah turunkan kita penyakit baru kita ingat nikmat Allah..masyaAllah..Jadi pada semua hargailah nikmat kesihatan yang Allah berikan pada kita.wassalam..
READ MORE- Nikmatnya kesihatan

Ahad, Januari 11, 2009

SELAMAT KE SEKOLAH

Assalamualaikum... selamat diucapkan kepada semua guru dan murid-murid dalam memulai sesi persekolahan 2009 ini.Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.Dalam tahun ini juga kita dikejutkan dengan berita saudara kita di palestin.Diserang oleh Israil laknatullah.sama-samalah kita mendoakan mereka.Mudah-mudahan Allah selamatkan saudara-saudara kita di palestin daripada mangsa kekejaman Israel laknatullah.Kekadang sedih bila terlihat berita dikaca TV,media cetak ,internet dan sabagainya bagaimana saudara kita bertarung nyawa mempertahankan bumi anbiya'.Sedangkan kita di sini hanya tersenyum dengan nikmat dunia tanpa memikirkan saudara kita di sana.sama-sama kita dirikan solat hajat dan dalam majlis membudayakan Al-Quran di sekolah sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan umat Islam di sana.Ingatlah..antara salah satu soalan dalam kubur nanti ialah..."siapa saudara kamu"... apa kita nak jawab...?? ..marilah kita bantu seberapa daya.Allah.....
READ MORE- SELAMAT KE SEKOLAH

Template by - Abdul Munir - 2008