Halaman

Khamis, Julai 24, 2008

Tazkirah

TAZKIRAH PANITIA AGAMA SK MAJIDI

Salam ukhuwah dari panitia Pendidikan Islam untuk pembaca sekalian.Bertemu semula kita dalam ruangan tazkirah sempena bulan maulidur Rasul S.A.W.Mudah-mudahan melalui edaran bahan ini sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu kita serta dapat menyemai rasa kasih kita kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Terlebih dahulu saya mewakili Panitia Agama Islam dan warga SKMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang sama-sama menyumbang tenaga dan wang ringgit dalam memastikan kelancaran majlis sambutan maulidurrasul S.A.W peringkat sekolah pada 14 April yang lepas.Halalkanlah kiranya ada termakan dan sebagainya.Kiranya hati Ikhlas,InsyaAllah,segala sumbangan kita akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda dari itu..Dalam ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu mengenai junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Selama ini kita sering didedahkan dengan keperibadian dan sahsiah Rasulullah S.A.W.Jarang sekali kita membicarakan tentang bentuk lahiriah Rasulullah.Sebagai manusia terbaik di muka bumi ini,baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.Nabi Muhammad mempunyai bentuk badan yang indah dan segak sepertimana yang diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa sahaja.

Murid-murid,guru-guru dan pembaca sekalian,pernah seorang ulama yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran yang disampaikan oleh Baginda.Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras rupa dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangan secara terperinci.Diantara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat Baginda :

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.Seandainya kamu melihat Rasulullah seolah-olah sedang melihat matahari terbit.Aku pernah melihat Rasulullah di bawah sinaran bulan.Aku bandingkan wajahnya dengan bulan , akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah lebih cantik dari sinaran bulan.

Rasulullah umpama Matahari yang bersinar.Apabila Rasulullah berasa gembira,wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami ketahui yang baginda sedang gembira.Kali pertama memandangnya , sudah tentu kamu akan terpesona .Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderong kepada bulat.Dahi baginda luas,raut kening tebal,terpisah di tengahnya.Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.Mata baginda Hitam dengan bulu mata yang panjang.Garis-garis merah di bahagian putih mata,luas kelopaknya,kebiruan asli dibahagian sudut.Hidungnya agak mancung,bercahaya penuh misteri,kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik.Giginya kecil dan bercahaya,indah tersusun,renggang di bahagian depan.Janggutnya penuh dan tebal menawan.Lehernya kecil dan panjang,terbentuk dengan cantik seperti arca.Kepalanya besar tetapi terlalu elok bentuknya.Rambutnya sedikit ikal.Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi .Rambutnya terbelah ditengah.Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.Dadanya bidang dan selaras dengan perut.Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.Seimbang antara kedua bahunya.Pergelangan tangannya lebar,lebar tapak tangannya,jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi,di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.Terlalu sedikit daging di bahagian tumit.Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.Warna putihnya lebih banyak.Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.Binaan badannya sempurna,tulang temulangnya besar dan kukuh.Badannya tidak gemuk.Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah.Perutnya tidak buncit.Badannya cenderung kepada tinggi.Semasa berada di kalangan orang ramai,baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah.

Pembaca sekalian,itulah serba sedikit yang dapat kita kongsi bersama.Banyakkanlah pembacaan kita untuk lebih mengenali Kekasih Allah ini.Banyak riwayat-riwayat yang menceritakan tentang Rasulullah.Carilah,bacalah dan selidiklah.Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta".Ruangan ini terlalu terhad untuk saya menceritakan apa yang ditulis mengenai Rasulullah.Sekiranya ada yang tersalah,maaf saya pinta.setiap kesalahan itu berpunca dari kelemahan dan kekurangan saya.

Pembaca sekalian,sebelum saya akhiri tazkirah ini,mari kita renungkan sejenak apa yang berlaku sekeliling kita.Kebanyakan dari kita lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.Kita lebih tahu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.Kita lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada Jumaat.Kita lebih Khusyuk dengar lagu daripada mendengar Azan,Kita lebih suka bermain,lepak,tidur dari Solat.Kita lebih mengenali artis berbanding nabi-nabi Allah.Kita lebih suka menyebut hello!,hai!daripada Assalamualaikum.Kita suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri.Kita lebih suka baca majalah hiburan ,novel berbanding buku-buku agama.Kita boleh membaca komik berpuluh-puluh helai sehari sedangkan Al-quran nak habiskan sehelaipun payah.Kita suka ke konsert,karaoke daripada berkumpul mendengar ceramah agama.Kita lebih suka membazirkan wang daripada bersedekah.Kita sebenarnya lebih cintakan urusan dunia daripada urusan Akhirat.TETAPI…bila orang tanya arah tujuan kita ,kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA mahu menuju ke syurga daripada Neraka.Layakkah kita dengan Syurga milik Allah S.W.T?????Layak ke?? Tepuk dada tanya iman jangan tanya aiman jika tidak dijawabnya.."aiman tak kisah" kan haru jadinya. Marilah sama – sama kita muhasabah diri kita. .Saya mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk menanam rasa kasih dan cintakan Rasul S.A.W dengan sedalam-dalamnya.Seperti mana yang kita sedia maklum,ketika hampir wafatpun nabi kita masih ingatkan ummatnya dengan menyebut ummati..ummati.Sedangkan sebahagian dari kita,nak sambut bulan kelahiran bagindapun pelbagai alasan.wajarkah kita melupakan Baginda.Harus diingat bahawa ..hanya manusia yang bernama Muhammad S.A.W sahaja yang dapat memberi pertolongan dan syafa'at pada kita di padang masyar kelak.Selalulah berselawat dan menyebut nama Baginda.

Akhir kalam ,saya memohon maaf kiranya dalam penulisan ini ada kesalahan yang tidak disengajakan dan mengguris hati sesiapa.Ini hanya sebagai wadah untuk berdakwah dijalan Allah.Semoga kita bersua lagi lain kali. InsyaAllah, Assalamualaikumwarahmatullah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

baik...dan usaha yang bagusssss

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

perbanyakkan uslub dakwah anda

Template by - Abdul Munir - 2008