Halaman

Jumaat, November 07, 2008

Betulkah kelakuan kita??

Kekadang perkara yang tidak diingini berlaku dalam kehidupan kita namun ia tetap berlaku.Inilah lumrah kehidupan kita sebagai hamba Allah dimuka dunia ini,tak sunyi dari cubaan dan godaan.Kita diberi akal untuk berfikir. Tak semua yang kita anggap baik untuk kita baik juga untuk orang lain.manusia yang pentingkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara adalah manusia yang sombong.Pada kita perkara yang kita lakukan itu baik namun pernahkah kita terfikir bahawa perkara yang dilakukan itu memberi kesan basar pada yang lain.Betullah kata pepatah....dah terhantuk baru tergadah.dah ditegur baru kita menyedari kesilapan kita.Barulah kita sibuk nak meminta maaf sana sini.namun adakah setiap kesilapan itu boleh diselesaikan dengan hanya sepatah ucapan ..."maaf".Yang menanggung akibat dari kesilapan kita pula bagaimana... .Kenapa kita jarang gunakan akal sebelum kita melakukan sesuatu benda.Kita hanya fikirkan keseronokan cuma.Setiap tindak tanduk kita harus disertai dengan rujukan yang paling utama iaitu Al-Quran dan Assunnah.Memang mudah kita ucapkan..alah manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Itulah modal kita setiap kali kita melakukan kesilapan.Setiap guru mahukan muridnya jadi yang terbaik,setiap ibubapa mahukan anaknya jadi yang terbaik.Pelbagai cara dilakukan untuk masa depan mereka namun..kita tidak dapat mengubah nasib manusia.Kita hanya dapat menolong mereka untuk beru bah tapi tidak dapat mengubah kiranya empunya diri tak nak berubah....

0 ulasan:

Template by - Abdul Munir - 2008