Syarat dan Rukun Sembahyang Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-  | Orang Islam. |  | Menghadap arah Kiblat |  | Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. |  | Akil baligh |  | Melihat atau mendengar. |  | Jaga (tidak tidur) |  | Sudah masuk waktu sembahyang. | Syarat Sah Sembahyang Syarat-syarat sah sembahyang ialah:  | Sesudah masuk waktu sembahyang. |  | Menghadap ke arah Kiblat. |  | Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). |  | Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. |  | Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah. | Rukun Sembahyang Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.  | BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
|  | NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
|  | TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
|  | MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
|  | RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
|  | IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
|  | SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
|  | DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
|  | DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
|  | MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
|  | MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
|  | MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
|  | TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. |
|
|
|
| Perkara Yang Membatalkan Sembahyang Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-  | Batal Wuduk. |  | Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut). |  | Terbuka Aurat. |  | Melangkah, tiga langkah berturut-turut. |  | Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang. |  | Tertawa Terbahak-bahak. |  | Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. |  | Berubah Niat. |  | Mendahulu Imam sampai dua rukun. |  | Meninggalkan rukun Sembahyang. | |
0 ulasan:
Catat Ulasan