Assalamualaikum.. bersua kembali. Lama tak update.sibuk dengan tugasan-tugasan dunia yang pastinya tak akan habis.Namun Alhamdulillah Allah masih memberi ruang waktu untuk menjadi khalifah dimuka bumi Allah ini.Baru-baru ini saya ada membawa murid ke satu program pelancaran didik bistari,tunas bistari dan siswa bistari.Alhamdulillah banyak Input yang saya dapat dalam program tersebut.Sk Sri tebrau terpilih dalam program didik bistari.tidak semua sekolah yang terpilih,namun saya dimaklumkan insyaAllah program ini akan diperluaskan.Program didik bistari ini hanya dibuka untuk murid-murid Islam sahaja.Antara objektifnya untuk melahirkan usahawan Islam yang berjaya,Alhamdulillah nampaknya ramai yang perihatin dan mengambil berat tentang pembangunan umat Islam.Program ini dibawah johor corporation.Banyak usahawan-usahawan yang menyumbang tenaga dan wang ringgit demi memastikan program ini berjalan lancar.Didik bistari hanya sebagai permulaan untuk murid belajar menjadi ahli perniagaan.Apabila mereka naik ke sekolah menengah mereka ini akan diserapkan dalam kelab tunas bistari dan akan menubuhkan syarikat perniagaan sendiri di sekolah.Pada saya usaha ini sangat baik.apatah lagi yang melibatkan pembangunan umat Islam.Dalam kelab didik bistari ini juga didedahkan dengan satu permainan yang dinamakan catur bistari.Untuk yang pertamakali main permainan ini mungkin ada sedikit kesukaran namun ia banyak mengajar kita untuk menjadi ahli perniagaan seperti yang digariskan dalam Agama Islam.Permainan catur bistari ini dapat dibeli di kedai KFC yang terpilih.Harganya lebih kurang RM 89.00.Cubalah rakan-rakan dapatkan satu set.Permainan ini baik untuk melahirkan ahli perniagaan Islam yang berjaya.Mungkin pada fikiran raka-rakan permainan ini mirip permainan jutaria,saidina ataupun Monopoli.Ingatlah bahawa permainan monopoli itu banyak menjurus kepada perniagaan yang tidak sihat dan tidak digalakkan dalam Islam.Monopoli ..namanya sahaja dah menunjukkan sikap tamak. Dalam permainan itu juga kita diajar tentang rasuah apabila masuk penjara, menindas rakan perniagaan yang lain dan membolot semua harta.walaupun ia hanya sekadar permainan tetapi ia boleh membentuk sahsiah peribadi kita.Tukarlah kepada permainan yang lebih Islamik.Ini antara usaha usahawan-usahawan Islam dalam memastikan Umat Islam berjaya di dunia dan akhirat.Dalam program itu juga , saya difahamkan antara syarikat yang menyumbangkan dana untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar ialah dari KFC Malaysia.Syarikat KFC Malaysia ini menyumbang RM 100 000 untuk kelab didik bistari.Rupa-rupanya KFC di Malaysia diterajui oleh orang melayu Islam.MasyaAllah.Mudah-mudahan suatu hari nanti ada orang Islam yang menguasai KFC di Amerika pula.Jika sebelum ini kita sibuk memboikot termasuklah KFC yang pada pandangan kita menyumbang pada Israel.Memang betul syarikat Induk KFC dikuasai oleh Amerika namun di Malaysia ia diterajui oleh anak bangsa kita sendiri yang seagama dengan kita.Sekiranya maklumat saya ini salah harap dimaafi.Boikot itu perlu dan saya sangat menyokongnya tetapi jangan kita tersalah boikot.Apapun syarikat yang memang sah-sah sekutu amerika tu.. sama-samalah kita boikotnya untuk kepentingan umat Islam.InsyaAllah , mudah-mudahan dengan usaha kita semua suatu hari nanti kita dapat melahirkan ahli perniagaan Islam yang berjaya dan umat Islam yang menguasai Ekonomi dunia.amin..Baiklah moga bersua lagi.wallahua'lam. wassalam
Halaman
Khamis, Februari 19, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENAFIAN
Untuk makluman awal dari sy kepada pelayar blog ini.:
Blog ini lebih kepada catatan peribadi.banyak menggunakan bahasa rojak dan susunan yang tidak tepat. Maaf sekiranya ada fakta yang bercanggah.sekali lagi dinyatakan ia lebih kepada catatan peribadi.. hanya catatan untuk dijadikan kenangan,umpama diari sentiasa diingatan.. hak milik peribadi,bukan membangga diri apatah lagi minta dipuji,hanya sekadar simpanan memori untuk dikenang dikemudian hari.. salam ukhuwah dari sy yg tak pandai menyusun kata apatah lagi buat ayat berjela2 ..inilah shj apa yg ada sekadar menggunakan teknologi kita.. wassalam
SEDANG ON LINE
Labels
- ADAB (1)
- AKU DAN TAEKWONDO (3)
- anakku..kau penghibur hati abah (1)
- BAKAT (1)
- bencana gempa di Indonesia (1)
- berblog (1)
- BIHA DAN TAEKWONDO (1)
- BLOG (1)
- blogsy (1)
- DIDIK BISTARI (2)
- DOA (2)
- doa dariku (1)
- download percuma (6)
- E-BOOK (1)
- GAMBAR ISLAMIK (6)
- gambar sekolah (1)
- HAJI (2)
- HARI SUKAN NEGARA (1)
- HOMESTAY (1)
- HUBUNGAN (1)
- isra' mikraj (1)
- JOM BERFIKIR (1)
- JOM KE TANJUNGPINANG (1)
- KELAKAR (1)
- KELISA (1)
- KEM MEMBACA (1)
- KERJA (1)
- KORBAN (1)
- KREATIF (1)
- KU SAYANG AYAH (1)
- KUCING (4)
- KURSUS (2)
- MAKNA BAHASA SMS (1)
- masa (2)
- MAULUD (1)
- MELANCONG (1)
- MOTIVASIKU (2)
- NASIHAT (1)
- PALESTIN (2)
- PERISIAN ISTIMEWA (1)
- PERKONGSIAN PENGALAMAN (1)
- PERPISAHAN (1)
- PERTANDINGAN (1)
- PIALA DUNIA (2)
- program (1)
- RAMADHAN (1)
- REJAB (1)
- SAMBUTAN RAYA (1)
- SIKAP (1)
- SOLAT (3)
- SYAWAL (3)
- Syukur (1)
- TAZKIRAH..bacalah (13)
- teknologi (1)
- TIPS (2)
- TRIP (1)
- tugasan (1)
- UCAPAN (5)
- UJI MINDA (2)
- WOW (1)
0 ulasan:
Catat Ulasan