Halaman

Sabtu, Mac 20, 2010

TIPS BELI TAYAR

Assalamualaikum, Alhamdulillah cuti sekolah seminggu ini dihabiskan di kampung.Syukur kerana kami sekeluarga selamat pergi dan pulang walaupun ada kemalangan kecil tapi Alhamdulillah masih dalam peliharaanNya.Ketika hendak pulang ke kedah tempoh hari,kereta tergelincir ditolak arus air hujan.berlaku di highway hendak keluar nilai E215.Walaubagaimanapun ,hanya calar sedikit sahaja di sebelah kiri kereta.Alamatnya sampai Kedah kena laa polish balik.tapi yang mana calar terlalu dalam masih nampak kesannya.ketika nak balik pulak tayar pulak pancit,sedangkan baru hampir 2 tahun pakai ..amik baru tuu. mujur dapat kesan awal ketika ambil Gas NGV kat NILAI..(nilai lagi..heeee...) tayar tersebut dapat saya tukar ketika sampai di JB memandangkan Sampai nilai dah hampir malam.Kedai dah Tutup.Alhamdulillah ,Semuanya terpelihara dengan kehendakNya.Dalam entry kali ini saya ingin sertakan artikel Tips membeli tayar.Memandangkan Ilmu kita makin bertambah jika berkongsi apa salahnya saya kongsikan disini.Artikel ini dipetik dari petikan Harian Metro..... Moga berguna:


TIPS MEMBELI TAYAR KERETA

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??

Kadang kala kita
terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia
boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita,
cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang
terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
� indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
� indeks muatan 71 = 345 kg
� indeks muatan 125 = 1,677 kg
� simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOT:

S - 180 km/j

T - 190 km/j

U - 200 km/j

H - 210 km/j

V - 240 km/j

Z - melebihi had laju 240 km/j

W - 270 km/j

Y - 300 km/j

ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas


TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
� A : kawasan panas
� B : kawasan bercuaca normal
� C : kawasan sejuk
- tarikh pembuatan : 1905

dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 � 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
� Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

*Sumber Harian Metro

Nak lebih jelas saya sertakan gambar..bahan ini diambil dari Internet..mOga lebih jelas.

by sonofthipareth

0 ulasan:

Template by - Abdul Munir - 2008