Assalamualaikum...
Hari ini terasa keletihannya memandang komputer terlalu lama.Bermula dari pulang dari selepas jumaat hingga hari ini baru dapat siapkan 90 % untuk buat pembaharuan pada 2 blog MAKDIS Sekolah..iaitu blog Makdis SK Sri Tebrau dan Makdis SK Majidi(Tolong Isteri) . alamat nya http://panitiapisritebrau.blogspot.com dan http://panitiapiskmajidi.blogspot.com .. Banyak juga dugaannya ketika mengubah halaman laman blog tersebut.Dengan mana takut hilangnya semua yang telah ditulis dulu..Hilangnya semua gadjed yang sedia ada..Semuanya perlu dibuat hati-hati.. Semasa hendak muat naik ,tiba-tiba internet pulak putus..alahaiiii.. dugaan..time ginilah internet buat hal ,mujurlah ada backup.Semua kerja menjadi sedikit mudah sekiranya kita berminat.. Banyak Ilmu yang diperolehi jika kita berdepan dengan masalah..Ia melatih kita mencari jalan untuk menyelesaikannya..Walaupun saya tahu risiko mengubahsuai blog ini namun kalau tak mencuba mana tahu kan?.Alhamdulillah, Semuanya telah berjalan seperti yang dikehendaki walaupun susunannya kurang teratur namun saya berpuas hati bukannya kerana dapat siapkan blog tersebut tapi kerana banyak benda yang kita akan dapat sekiranya kita rajin meneroka.. Blog peribadi saya ini juga,InsyaAllah akan saya ubahsuaikan..
0 ulasan:
Catat Ulasan