Halaman

Selasa, Februari 02, 2010

KURSUS DIDIK BISTARI


Alhamdulillah... sejak dari pagi semalam hingga petang ini,saya terlibat dalam kursus guru pembimbing didik bistari yang diadakan di Hotel selesa Jb dan Persada Johor... Pada yang baru dengar perkataan Didik Bistari ini mungkin tidak kenal apa itu didik bistari dan apa kaitannya dengan sistem pendidikan di Johor ini.Ini merupakan tahun kedua saya diamanahkan untuk menjadi guru pembimbing didik bistari ..Elok saya ceritakan serba sedikit tentang Didik Bistari ini.. didik Bistari merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah-sekolah tertentu di Johor.Kelab Didik Bistari ditubuhkan dengan kerjasama Johor Corporatian dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Antara tujuan utama penubuhan Didik bistari ini adalah untuk melahirkan ramai usahawan yang berjaya terutamanya usahawan Islam yang diterapkan konsep jihad melalui Bisnes. Segala aktiviti ditanggung sepenuhnya oleh Johor Corporation.Alhamdulillah.. ada juga Insan diluar sana yang berfikiran jauh dalam memastikan umat Islam Kehadapan dalam menguasai Ekonomi Dunia..Semuanya tidak mustahil.. Ia harus di terapkan sejak di bangku sekolah lagi..Jadi bila difikirkan objektif penubuhan kelab ini,saya lebih bersemangat dalam membantu usaha Johor Corporation dan JPNJ dalam melahirkan Usahawan Islam yang berjaya.Didik Bistari ditubuhkan di SK manakala di Sekolah Menengah pula dikenali sebagai Tunas Bistari dan di Universiti pula dikenali sebagai siswa Bistari.. Sama-samalah kita berjihad melalui bisnes. Walaupun saya bukan seorang usahawan tapi saya akan cuba sebaik mungkin bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang anak murid yang bakal menjadi Usahawan Islam yang berpegang teguh pada agama dan bakal menguasai ekonomi Dunia.. Walaupun panahan saya tidak sampai ke bulan tapi sekurang-kurangnya saya ada sasaran dan anak panah tetap dilepaskan... (untuk renungan dan motivasiku).

0 ulasan:

Template by - Abdul Munir - 2008