Halaman

Sabtu, Februari 13, 2010

JAUHI MASALAH

Assalamualaikum.. dalam hidup ini banyak perkara yang tidak terduga berlaku samada kita sedar atau tidak. Tidak semua benda yang berlegar disekeliling kita itu merupakan satu masalah bagi kita.Ada benda yang kita tak suka tapi baik untuk kita dan ada benda yang kita suka tapi buruk untuk kita.. Bagi saya semuanya adalah pilihan hidup.Kekadang sukar bagi kita menerima semua itu.Pengalaman mengajar erti kehidupan.Kita cuba sedaya untuk mengelakan masalah tetapi ia tetap datang tanpa diundang.Mungkin bagi kita dengan tidak menghiraukan masalah itu,ia akan hilang tapi tak semua..lagi kita tak menghiraukan masalah tersebut rupanya makin lama makin bertambah besar masalahnya.Persoalannya..apakah yang perlu kita buat??? melayan masalah tersebut atau biarkan sahaja ia berlalu bagai angin datang dan pergi.Setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan.Sebagai manusia yang ingin hidup bahagia,kita akan cuba meminimumkan masalah.kata orang "setiap manusia yang normal tak sunyi dari masalah dan hanya orang gila sahaja yang tiada masalah". betullah tuu .masalah yang tak kita cari pun kekadang ia datang menyelubung diri.sekarang hanya ambil pendekatan buat tak tahu sahaja.Allah itu maha Adil dan Maha Mengetahui. Teringat kata guru saya ketika di Kedah dulu.." Kita buat kerja kita dan jangan sesekali kita buat kerja Allah". kerja kita adalah berusaha dan berikhtiar dan kerja Allah ialah menentukan segalanya.Jika Allah tidak berkehendakkan maka tak ada siapa dapat menghalang ,maka kita hanya mampu bertawakal.

0 ulasan:

Template by - Abdul Munir - 2008