Halaman

Khamis, Disember 06, 2012

JOM KE BANDUNG

Jom ke Bandung....entry kali ini sy tulis adalah bertujuan untuk menyimpan kenangan dan yang paling penting mudah-mudahan  menjadi rujukan pada rakan-rakan ataupun pembaca blog ini untuk pergi kesana sama ada untuk membeli belah,bercuti atau sebagainya.Walau bagaimanapun tulisan ini dari kacamata dan pengalaman saya sendiri sekiranya ada kekhilafan atau bertentangan fakta itu berdasarkan pengalaman masing-masing.Tulisan ini banyak salah ejaannya dan tidak mengikut tulisan yg betul sy mohon maaf yer..asal boleh faham oklah .Kami pergi tanpa Pakej jadi keseronokan bercuti adalah mengikut perancangan sendiri..Sebelum kami nak kesana ada juga saya cari n kutip pengalaman rakan-rakan yang sudah kebandung jadi sedikit sebanyak ada la juga Info..taklaa pergi kosong jeee   atau main redah jeeee walaupun ada adventurenya dalam bercuti secara main redah jee tapi harus diingat risikonya juga besar  itu sebab bila ada entry yg sebegini kita semua dapat berkongsi pengalaman bersama-sama dan menjadi rujukan pengalaman.
        Alhamdulilllah..perancangan kesana dilakukan lebih awal bersama rakan .Cikgu Hafis booking awal tiket flight jadi harganya dapat sedikit murah .Memandangkan Johor lebih hampir dengan Singapura maka kata sepakat kita ambil aja tiket dati singapore ke Bandung Indonesia..jadi lebih jimatkan masa n kost pengangkutan ke airport berbanding dari KLIA.. nak masuk ke Singapore,kami ambil aja MPV sapu yang ada kat JB ni..dari Kg Melayu,JB masuk ke Singapore ,bayaran yg di bayar hanya RM 150.00  ..oklah tuu kan tujuh orang . Sebelum pergi kesana pastikan duit ditukar mengikut penggunaan duit negara yg nak dituju..Pada waktu kami pergi saya tukarkan duit rupiah di Bas Stand Larkin..paling murah sy dapat disitu 1 juta rupiah ditukar dengan RM 324.00 .. pada waktu itulah.dalam masa 2 minit shj dah bergelar jutawan...heheheh... tapi Cikgu Hafis dapat lagi murah ..1 Juta rupiah sama dengan RM 321.50   ..murah tu... itu satu juta kalau berjuta-jutaa...haa.. jauh bezanya..kena pandai cari money changerlaa. katanya dia tukarkan kat Bandar JB berhampiran dengan Kuil hindu.. haa.. gilah tanya n cari money changer kat situ.. money changerpun boleh tawar menawar..ingatkan beli barang je boleh tawar menawar..huhuuu..Duit Singapura pun kena tukar juga sbb ada transit ke Singapura dulu... jadi standby siap2...sediakan payung sebelum hujan  yerlahh biasanya tukaran kat airport ni lebih tinggi ..


      Harus diingat ...bagi yg nak pergi untuk membeli belah,takperlulah bawa beg yg berat ..bawa untuk cukup-cukup pakai sahaja kerana kat sana boleh beli pakaian untuk hari kedua dan seterusnya.Limit berat waktu kami kesana hanya dibenarkan satu keluarga (kamilah) 40 KG jadi kami dua keluarga  80 KG..kalau nak banyak membeli belah disana boleh tempah yg berat sikit(betul ke ayat ni)harap fahamlah yer..;).. jika terlebih difahamkan mungkin lebihan satu kilo perlu ditambah RM 50.00 ..banyak tu....jadi hati-hatilah...

dari Lapangan terbang Changi terus ke Lapangan terbang Husein Sastranegara,Bandung..Memandangkan pergi Tanpa Pakej jadi saya dan Cikgu hafiz menyenaraikan tempat destinasi secara manual jaa..senang.. mana nak pergi beritahu pada Pak supir .  Dengan Izin Allah akhirnya sampai juga ke Husein Sastranegara Airport Bandung,Indonesia setelah lebih kurang 2 jam dalam penerbangan.waktu disana lebih lambat satu jam dari Malaysia.















Masa sampai terus cari kereta sewa.. kat sini banyak kereta sewa..kita boleh ambil ikut jam ataupun ikut perjalanan sahaja..pada saya trus tempah untuk 12 jam lebih murah..kat sini kena pandai tawar menawar.. kami ambil MPV pak Roni.. untuk 12 Jam hanya 500 rupiah ..oklah tu.. nak kemana dia bawa dan ditunggu.. lama tu..namun jika pandai cari mungkin boleh dapat yg murah.. tanya sekali adakah harganya termasuk bayaran minyak dan parking.. supaya senang nanti..kat sini sy sertakan nombor telefon  salah satu rental car kat sana..mana tahu boleh memudahkan.. tinggal tefon ajaaa  pak...  terus diambilin.hehe
setelah memperolehi kereta sewa terus bergerak ke Hotel Mutiara,Bandung yang sudah ditempah melalui Internet..boh buka cari dan booking awal untuk mengelakan hotel penuh. Dapat lebih murah dari Rate sebenar.. setelah disana.. kami diberitahu sekiranya kita telefon terus ke Hotel maka kita akan dapat lebih murah sebab boleh tawar menawar dari awal..lagilah jika melibatkan banyak hari disana...  Sekali Lagi Allah permudahkan perjalanan kami... Sampai sahaja di Hotel Bandung kami disambut dengan senyuman dan keramahan pelayan Hotel disana..Pak Roni sedia menunggu di Lobby Room untuk perjalanan seterusnya.. bermulalah episod penjelajahan d i Bandung,Indonesia.
Oklah... InsyaAllah saya akan sambung untuk episod kedua nanti... sebelum itu ini sebahagian destinasi direncanakan...




Sambung Episod seterusnya..InsyaAllah..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

erm..terima kasih..maklumat yg sangat berguna.bagusssssssssssssss

Tanpa Nama berkata...[Reply to comment]

mohon un tuk print..

hasim berkata...[Reply to comment]

ada tak tempat jualan elektronik kat sana.. trima kasih atas infomasi dan sudi berkongsi.

Paktam Man berkata...[Reply to comment]

SALAM UKHWAH JUGA YA ADMIN.. MANA BAIK..KITA SEWA KE ATAU AMBIL TEKSI YG STAIL LOMPAT2 TU... NAK JUGA PERGI BAWA FAMILY,

c.hafiz berkata...[Reply to comment]

Barangan elektronik di bandung tidak ada. Tp melalui informasi yg lain, brg elektronik banyak di jakarta.

Kaki Jalan-Jalan berkata...[Reply to comment]

Jakarta dengan bandung jauh tak...?nak kena naik kapal terbang juga ke?

c.hafiz berkata...[Reply to comment]

Melalui pengalaman sy bersama admin di Bandung. Lebih baik naik kereta sewa jika bawak family. Kalau teksi ni ada risiko sikit, cos ada tmpt x de @ susah cari teksi. Harga pun lebih jimat sewa 12 jam dr byr teksi.

Paktam Man berkata...[Reply to comment]

ohh..yerke.. c.hafiz ..brapa kost agak2 nak kesana?.

Template by - Abdul Munir - 2008